Story in 4 days raya

12 oct – petang : sampai kat kampung kat tiram buruk, tanjung karang. malam raya so smer sibuk ngan persiapan raya. tahun nih banyak ‘bontrot’ ( bungkusan makanan dari jiran/sedara mara ) yg dihantar kerumah atuk. hujan turun selebat-lebatnya. hujan rahmat. terima kasih hujan sbb dengan hujan.. entah mengapa.. selalunya line celcom susah dpt kat kampung, tp harinih masa hujan ni utk sejam lamanya line celcom ni elok pulak sehinggalah terputus satu panggilan dari jauh. ^_^

sila sambung baca yer.. ade kisah tipu menipu lagi.. tak nak tertipu sebanyak RM8k kan.. ha click seterusnya

13 oct : raya pertama. helping parents and grandparents on father’s side on welcoming guest and relatives on that day. well yeah.. sbb jumpa diorang 2 tahun sekali je.. so banyakla soalan cepu emas + komentar2 baru. antaranye

  1. bujang bujang eh anaknya
  2. gedi bujangnya!! ( bukan gedik ye.. gedi = besar dlm bahasa jawa )
  3. kena yg jarang jumpa.. sedara mara tengok anum.. ingat anum tuh cucu mak abah aku a.k.a anak aku.. hahaha
  4. iwann iwann..dah besar dah ni
  5. buat ape sekarang ni?
  6. and soalan paling famous bukan pada aku je =  bila nak kahwin ? ha ha ha

pada malam tuh gak, ribut melanda kampung sampai tumbang ade pokok kelapa sawit pastuh blackout satu kampung. so kitorang termiss nak tengok upin ipin no 6 harituh. tp nasib baik sebab dah beli DVD upin ipin, so dah tahu jalan cerita. wahohoaho. bekalan letrik pulih pada pukul 4 pagi.

14 oct : raya kedua. bawak adik beradik beraya rumah sedara mara. berita melaporkan ade sebahagian tanaman padi rosak sbb ribut malam tadi. tatau atuk nye kene ker tak. ade bumbung terbang lagi.. huhu. malam tuh tengok citer remp-it. tapenah tengok citer ni lagi. tp tengok ending dia.. bajet nnt si farid kamil tuh menang la lumba.. rupanya kojol. moral of the story.. jgnla jadi mat rempit.. jadila mat pizza lagi bagus. at least korang selamatkan orang dari kelaparan.. kalau jadi mat dispatch lak.. korang boleh berlagak cool macam jason statham dlm citer transporter. sambil berlagak cool tuh jgn lupa nyanyi macam timmy dlm southpark yg dah masuk season baru.. ” i’m cool like a fool in a swimming ppfft ppfft pool” ( ppfft tuh sbb timmy gagap ). pastuh tengok citer stephen chow. ade lak parody hakim bao dia buat cerita.( menurut edry )

15 oct : raya ketiga. plan nak balik sblm zohor.. tp kunjungan tamu berterusan. ditambah dengan “bara’an” ( ramai2 datang.. dlm 20-30 orang.. saja ziarah suka suka). naik minum makan sedikit kuih dan ketua bara’an  akan beramah mesra dengan tuan rumah. on one side mmg nampak macam yela.. sekali one time serbu 20-30 orang tak ke haru. tp at least mende nih best. tradisi orang jawa. kalau orang lain namanya konvoi je. tp serius tak sebanyak bara’an. kalau korang tengok, nak nagis pun ada.. kelam kabut dibuatnya ahaha. nak melayan serentak dlm rumah 20-30 orang.

petang tu masa balik.. singgah rumah babysitter kat selayang. sembang ngan anak dia yg dulu sama sama main micro genius.. skang ni dia main henpon lak. tokei besar.. ha cerita menarik.. taktik penipuan terbaru

sekarang ni ada taktik baru utk menipu. pakai cheque. cara dia camni. orang jahat = OJ, pekedai = P. jadi si OJ ni dtg kekedai P utk membeli henpon. deal deal punya deal. pu pa pu pa pu pa, lepas setuju ngan harga sekian sekian sekian, OJ nih pun issuekan cheque dia kat P nih. P nih pulak, dah pukul 3-430 camtuh.. amek jela cheque tuh. tp keesokan harinya, masa nak masukkan cheque tuh.. cheque tuh tak valid dah. pulak. siasat punya siasat. OJ tuh dah tutup accout.

maka laporan polis dibuat. tetapi, takde pulak guidance utk kes sebegini. sbb lawfully, cheque tuh masih sah semalam. tp tak sah harinih start time dia close account tuh. so by law juga, salah P, pekedai tuh sbb tak bank in kan semalam sbb masa cheque tuh diissuekan, account still active. kecuali kalau semalam dah tak active baru nak issue itu mmg salah OJ. tp sekarang ni.. OJ ikut law. bahasanya ‘sapa suruh P lambat masuk cheque’ .

nak tak nak, member aku ni terpaksa la berputus harap. RM8K kena tipu. panggil lawyer lagi nnt lagi banyak kos.. apa boleh buat. tp harap korang pembaca sekalian.. berhati2la kalau terima cheque ni. kalau leh.. kalau dpt dari account personal.. kita bank in kan cheque tuh harituh gak pada masa sama.. senang. mmg kes haru gak ni tp yela.. belajar.

16 oct : raya keempat. dan hanya satu je mende harinih.. anum buat art attack versi dia. ahaha.

art-attack.jpg

di hari raya ni.. jgn lupa puasa lagi 6 hari.. dptkan pahala puasa lagi. hehe

Did i miss 60B ?

—————-
Song At The Moment: Butterfingers – Faculties Of Mind [foobar2000 v0.9.4.3]
via FoxyTunes

17
Oct 2007
POSTED BY
DISCUSSION 2 Comments
TAGS

2 Responses to : Story in 4 days raya

  1. Firdaus says:

    Heh, bontrot dan bara’an – Jawa betul la ko nih. Anyway, dua-dua tu pun ada gak raya tahun ni kat belah mak aku. Bertimbun-timbun bontrot dibuat sebab sepupu aku bertunang pastu bara’an pulak sempena pakcik aku pindah rumah baru.

  2. ikhwan nazri says:

    woh woh.. ko nnt wat novel.. isi la istilah2 jawa.. leh tumpang bangga.. btw layout baru ko adelah nice and simple.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>