Kisah Ikan Terubuk & Ikan Siakap

Korang suke tak makan ikan terubuk? tak kisah la kukus ker, goreng camtuh ker, bakar ke, panggang ker, salai ke, masuk oven tekan butang ker.. pastuh cicah air asam.. sedap tak ? mesti sedap kan.. kalau leh rasanye sekor ikan tuh nak perabih terus kan ? Tapi masih.. ada satu persamaan tak kisah la camane cara ikan terubuk itu dimasak kan.. ha agak agak ? ape persamaan? Hmm.. kalau kukus rasa kukus la.. kalau letak kelapa kat dlm lain pulak rasa dia. tp still.. ada satu persamaan..

Ape persamaan dia eh ?

Ikan terubuk banyak tulang. tp isi dia sedap. manis lak tuh. ( bukan manis gula ) . memang payah sket makan ikan terubuk. kena buang tulang.. tulang disetiap isi-isi ikan. pulak tuh tulang dia bercabang. masuk sangkut kat tekak, jadi singa mengaum kohkohkoh sampai keluar tulang.

Berbanding dengan ikan siakap. ikap siakap.. isinya lawa. sedap pun sedap gak dan tak banyak tulang. tp orderla makan kat mana mana kedai makan.. sebut je siakap konfem RM25++ ikut saiz dan musim. belum campur masak camana.. lagi tambah mahal. terubuk .. mak aku cakap.. kalau order kat kedai masih tak semahal siakap.  siakap mmg mahal.

  • ikan terubuk – susah makan, tp murah dan sedap
  • ikan siakap – senang makan, tp mahal dan sedap

oke cukup kisah ikan diatas.. disini saya ingin samakan cerita diatas dengan kisah pelajar multimedia.

saya telah hidup selama 4 tahun sebagai seorang freelancer. permulaan kerjaya ini adalah semasa Pre-U/matrix/Alpha year di cyberjaya. masa itu.. saya hanya mempunyai laptop Asus A1000 Pentium 3 600Mhz. agak slow. ya memang slow. time tuh siap pinjam pc izzo atau ehsan atau ajim perlis atau sesape sahaja la rakan2 alpha yg sederet semata mata nak main ragnarok dan juga No One Lives Forever..

Kerjaya freelancer saya bermula dengan upah sebanyak RM 5.. montaj silat cekak dinner kat uniten.  dan bila dingati semula 4 tahun terdahulu, kebanyakan kerja freelance saya berkisar pada menyiapkan kerja kerja senior. tak lupa juga sesetengah kerja rakan-rakan sendiri. pada masa itu.. pemikiran saya tak panjang lagi.. jadi asal ade duit semuanya jadik. dari 50-300-400.

tapi melihat pada masa sekarang.. dengan kehendak industri yg membebankan, tindakan saya mengambil kerja freelance sebegitu telah menyebabkan mereka menjadi mundur, sekaligus menjadi orang yg malas. jadi orang yg tak nak berusaha. ijazah hanyalah sebagai nama. skill tiada. saya tidak salahkan pelajar yg belajar management atau engineering atau belajar kedoktoran.. tiba tiba disuruh buat flash. itu memanglah tak patut. kalau begitu bolehlah saya menolong. akan tetapi kalau pelajar multimedia sendiri. sepatutnya belajar flash itu semua.. patut mereka sendiri yg buat. mereka sendiri yg belajar.

pelajar-pelajar sebegini kaya, sanggup mengupah orang lain pada harga tinggi bagi menyiapkan kerja mereka. bila keluar nnt, diorang terus jadi bos ker? main upah je. skill takda. bila skill takde. diorang tak appreciate apa yg designer/developer buat. gaji dibayar rendah. duit lain semua masuk poket sendiri. diorang beli ikan siakap dan terus makan.. tp tahukah diorang appreciate? itu terpulang pada mereka sendiri.

dan sebagai freelancer/designer/developer.. kerja kerja ini memang memeritkan. ya.. kami bersusah payah demi menghasilkan output terbaik. kami ingin menikmati ikan terubuk dengan sepuas2 nya.  ya. saya sudah kenal ramai freelancer. kisah suka duka banyak dikongsi bersama.

lama kelamaan.. berapa ramai yang bebetul mahir dlm industri ?

“nak carik flash programmer di malaysia nih.. segenggam tangan jer”  – kata kata Riz Ainuddin kepada sabau

dan aku masih lagi tak tergolong dlm segenggam tangan tuh. nasihatku pada sendiri supaya teruskan meningkatkan taraf kemahiran.

appreciate dan hargai setiap usaha yg kita lakukan.. that way, you’ll be much better. jgn nak yg terbaik dan cari jalan mudah, upah orang. dahulu saya juga tidak yakin dengan keupayaan saya dlm bidang art tetapi terima kasih pada tenaga pengajar yg memberi sokongan.. saya cuba juga menghasilkan karya. mmg saya akui saya kurang artistik.. tapi keupayaan dlm teknikal mebolehkan saya berdiri sama tinggi dengan mereka yg lain

bila keluar nanti.. binalah banyak hubungan kerjasama.. kan lagi meriah. Allah telah ciptakan manusia itu berbagai2 peranan dan juga tugas dia. kumpul seberapa banyak designer/copywriter/developer dan bekerja bawah bumbung sama. itu baru betul nak buat lepas habis belajar.. bukan masa belajar. sbb masa belajar.. tuh malas namanya.

dan buat mereka yg pernah mengupah saya.. terima kasih sbb mengupah saya.. sbb kalau anda tak mengupah saya.. mana mungkin saya berada ditahap sekarang.. setengah jauh dari golongan ‘segenggam tangan. bila anda meminta teknologi flash seperti jigsaw puzzle, crosswords, dan macam macam la.. secara tak langsung saya belajar juga.

jadi buat mereka mereka yg tergolong dalam arena multimedia.. kuatkan usaha dan kerja. hendak seribu daya, tak nak sudah.

saya juga main game,makan minum dan bersukan seperti anda. sekali lagi.. hendak seribu daya, tak nak sudah.

meh sama sama memajukan diri. masuk sem 2 nnt levelupkan diri lagik. ( oh saya bukan lagi seorang pelajar 😛 )

—————-
Song At The Moment: Motoko Kumai – [Li Syaoran Song] A Girl I Can’t Forget [foobar2000 v0.9.4.3]
via FoxyTunes

03
Oct 2007
POSTED BY
DISCUSSION 18 Comments
TAGS

18 Responses to : Kisah Ikan Terubuk & Ikan Siakap

  1. kym says:

    hmm bes gak kisah2 u neh,,.huhe ritu sy nak kasek gambo dak pompuan yg tarik pipi kebwh cam kmu wat ituhh,.,=D,,

  2. encik kaka says:

    wah wah.. inspirasi!!! aku pon nak berusaha sampai masuk dlm tangan riz ainuddin!

  3. SuE says:

    “saya tidak salahkan pelajar yg belajar management atau engineering atau belajar kedoktoran.. tiba tiba disuruh buat flash. itu memanglah tak patut. kalau begitu bolehlah saya menolong.”

    setuju2… saaaaaaaaaaangat setuju! kekekeke~

    Apa itu flash?

    Budak medic : satu penyakit di mana kornea dalam mata pesakit berubah bentuk lalu menyebabkan cahaya tidak sampai ke belakang mata. apabila disuluh cahaya terang pesakit akan bla bla bla bla…

    Budak engine: ohh.. kejadian alam yang dimulakan dgn pengumpulan cas2 di udara, dan apabila angin bertiup, cas2 akan bergeser antara satu sama lain, lalu ion2 ini akan yadi yada yadi yada…

    Budak farmasi: ohhh.. ubat baru eh? ke company ubat baru?

    hohoohoho……

  4. liyananaznim says:

    waww.. setuju 100%.

    tertarik dgn ayat nih: “jadi buat mereka mereka yg tergolong dalam arena multimedia.. kuatkan usaha dan kerja. hendak seribu daya, tak nak sudah.”

    tiba2 bersmangat dan termotivated. yeah!

  5. tekong says:

    kyms – hoh gambar ape??? tarik pipi? aku tarik kelopak mata aku lah apekahhh

    encit kaka – mari mari join the army hehe

    sue – aku macam kurang percaya sikit budak engine cakap camtuh.. apsal tak cakap flash ni adelah silauan cahaya berkilau nan menikam mata???

    liyananaznim – hoho… baguslah bersemangat dan termotivated.. tp kalau tetiba patah semangat.. gam balik ngan cow gum ye.. kalau nak mintak tolong gamkan pun buleh hahaha.. pergi streetmall ( dah mula dtg merepek )

  6. refa says:

    tekong upah aku buat 3d

  7. ikhwan nazri says:

    refa – hoh apekah !! tapenah.. men tuduh tuduh lak ni..

  8. SuE says:

    ko igt engine mechanical + electrical je ke.. kawan2 aku medical engineering daa… ada yg enviromental engineer.. so derg ckp psl alam laa..

  9. ikhwan nazri says:

    sue – mak aih bunyinye… haahaa. jgn dilupa sound engineer

  10. hafreze says:

    ehe..kata2 yg sinis, tp amat mendalam kalau dihayati btul2..seperti, ingin meningkatkan kemahiran bermain pool di YM, kalau hari2 tk lawan aku, cmne nk naek skill kan?..wahahaha..sory boss…sorryy…

  11. ikhwan nazri says:

    hafreze – kechoo ah weh.. baru sekali main.. bertelur sebiji.. riuh sekampung..

  12. hoursmile says:

    wahh.. klu cm tu ko ckp kan cik tekong.. aku kena tingkatkan lg usaha aku nie.. walaupun apa yg aku belajar berbeza ngan kerja aku… aku kena manfaatkan kepercayaan syarikat kpd aku.. even aku dh abis study… tp study will never end… betul x? huhuhuhu

  13. ikhwan nazri says:

    hoursmile – betul betul betul 😛

    life itself… is a learning process :)

  14. nadiah says:

    bes bace, aku rase macam kene sekeh kepala. haha

  15. SuE says:

    oh oh lagi satu… ikan siakap, atuk aku selalu kasi free.. ikan terubuk pon.. ahh sumer ikan la.. termasuk sotong, udang besar2 etc etc.. haa.. aku tak termasuk dlm kes “ikan-siakap-lebih-mahal” ko.. sbb umah aku seafood sumer freeeeeeee… fresh from the sea.. uuuuuuuuu~ jemput2..

  16. ikhwan nazri says:

    nadiah – kalau sakit kena sekeh.. gunakanlah magic pen utk mengubati kesakitan itu

    sue – jemput makan ker jemput datang atau jemput datang utk makan? ( tengah packing bag excited nak datang )

  17. liasari says:

    aku adalah salah seorang yg terlibat dalam multimedia…now dah tukar bidang..baru nak jadi pendidik…tak minat sangt..sbb keadaan memaksa…but try pupuk minat…slamat tinggal dunia animasi ku…aku dulu jadi animator…wat citer kartun…

  18. ikhwan nazri says:

    liasari – selamat dtg.. btw… dulu ko wat citer ape ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>