Bebaskan Palestin!

hari ini.. sepertimana fakta yg diambil dari blog yussamir yusof, merupakan hari Masjidil Aqsa dibakar oleh seorang yahudi. dan secara amnya hari al-quds ini adalah demi memperjuangkan pembebasan palestin dari cengkaman rejim zionis. Jadi buat para pembaca yang setia, marilah sama-sama kita ingati hari ini dan juga perjuangkan ape yang diperjuangkan oleh saudara kita. diorang telah berjuang membebaskan palestin dari cengkaman zionis berpuluh-tahun lamanya, jadi dengan cara apa sekalipun, kita wajib menolong mereka.

hidup dalam kawasan perang, penuh pancaroba dan dugaan. malam terang benderang, bukan kerna lilin nan sebatang akan tetapi, torpedo yang menghujan. kanakยฒ pergi sekolah bukannya disambut dengan bunyi loceng di dinding, tetapi oleh peluru mendesir. badan mereka bukannya luka jatuh pokok atau lebam kerana dicubit dan disebat guru, tetapi kudung dan cacat kerana letupan kelabu. mereka tidak membesar dengan sempurna bukan kerana kekurangan makan, tetapi bahana depleted uranium mengalir dalam tubuh mereka dilanda bermacam peri penyeksaan. hiburan kita adalah counter strike, tetapi mereka sebaya kita malahan lagi muda telahpun dicop sebagai terrorist walaupun hakikatnya, mempertahankan apa yang mereka ada.

mempertahankan apa yang mereka ada, perwira gelarannya. futuwwah jihad fisabilillah di jalan Allah.

lagi sepuluh hari sebelum merdeka.. tetapi masih kurang bendera berkibaran. adakah bermaksud kurang semangat patriotik dikalangan rakyat? haaaaaaa

meh baca lagik

akan tetapi aku lagi suka bertanya… cukupkah dengan bendera? mahupun lagu negara ( fuih aku nak jadik penulis politik ker nih ahhaha )

takdelah.. aku takkan jadi penulis politik.. cam salah seorang inspirasiku slalu sebut.

Politics are fickle, they change with times – Big Boss, Naked Snake ( Metal Gear Solid : Portable Ops )

based on game yg ummahfilms buat, mecca to medina, salah satu kad diorang yang palin tak best yang akan menyusahkan para pemain adalah kad Nationalism. kerana bak kata ummahfilms, Nationalism merupakan satu bentuk asabiyah, tidak mahu menolong mereka yang bukan senegara. tetapi jikalah ada pemain mempunyai kad Kalimah, yang bermaksud walaupun berlainan negara, kita masih dibawah satu tunjang dan asas, maka kita akan terselamat dari serangan kad Nationalism. konsep permainan yang sangat menarik.

berbalik kepada isu merdeka. kelmarin semasa sedang membeli bahan kunyahan utk dimakan dalam ofis, aku tertarik dengan satu patah ayat dari PM kita. depan new stratis time. katanya adalah sebegini. ( yang aku karang balik )

50 tahun lalu, kerajaan british tidak dapat menghalang kita. mereka nampak malaya sebagai satu. baik cina, india, melayu semuanya bersatupadu mendapatkan kemerdekaan. dan saya ( paklah ) harap semangat yang sama kekal sehingga sekarang

walaupun 50 tahun lalu negara kita malaysia telah diperintah menggunakan dasar “pecah dan perintah”, rakyat malaysia semuanya dapat bersatu padu menentang penjajahan. harapnya kekal sehingga masa depan. ku kirimkan al-fatihah dan salam takziah buat para perwira yang gugur demi kemerdekaan malaysia, tanpa kamu semua saya tidak akan dapat mengecapi nikmat dunia sekarang ini.

dan sungguh, setiap tahun saya memang senantiasa mempersoalkan erti kemerdekaan pada orang lain, bukanlah kerana tidak mensyukuri, akan tetapi demi mengingatkan juga, tanggungjawab bersama. kalau asyik dilimpahi kenikmatan, masakan nampak kelemahan dan kecacatan. perasaan aku berbelah bahagi.. aku rasa masih separuh merdeka. bukan sebab kerja menimbun. akan tetapi sedih dengan isu semasa yang timbul baik didalam mahupun diluar negara, walaupun aku bukan perdana menteri. aku hanyalah seorang biasa biasa je, dengan phoebe dan jehuty kehulu kehilir.

10 hari lagi. 12 hari lagi.

INFO : kalau nak buat passport cepat.. pergi la jabatan imigresen wisma sri rampai. 1 jam siap. gile handal. dan jangan lupa gih tengok bunga api kat putrajaya sempena sambutan kemerdekaan.

selamat menyambut kemerdekaan ke-50 malaysia. buat para pembaca, MERDEKAkan minda anda.

For a king may a move a man, but the soul is belongs to the man.

Bacaan disyorkan : 1511 KOMBAT ( terima kasih kepada cik noorsuriani kerana mengesyorkan buku ini.. tapi dia sendiri belum baca time dia syorkan buku nih.. hoh! )

Cerita yang disyorkan : Kingdom of Heaven. Leftenan Adnan. Sarjan Hassan.

Mainan disyorkan : Mecca to Medina.

—————-
Song At The Moment: Trapt – [unreleased #01] Headstrong [foobar2000 v0.9.4.3]
via FoxyTunes

( dengar lagu bukan tempatan, tak bermaksud minda aku dijajah.. ada faham. )

21
Aug 2007
POSTED BY
DISCUSSION 13 Comments
TAGS

13 Responses to : Bebaskan Palestin!

  1. SuE says:

    Bacaan disyorkan : 1511 KOMBAT

    haha.. makasih kepada cik Noorsuriani kerana mengesyorkan bacaan ini.. hehehe… terus minat tuhh..

    Next novel: I recommend –> Ayat-ayat Cinta by Habiburrahman

  2. ikhwan nazri says:

    haha ape je ade sangkut paut ngan ko mesti ko nak claim kan.. agaga.. ye la ye la.. aku letakkkk :p

    but very well.. without your criticism i dont think i’m pushing myself. thx again :)

  3. abah says:

    Berkobaran betul berapi jari jemari menaip ya. Bagus2. Tertarik dengan Novel yang disyorkan oleh pembaca cik SuE di atas. Ramai dah baca buku tu. Patut diangkat menjadi bahan bacaan wajib di sekolah2..atau memaner saje la. Menarik hoke.

  4. Fahmishah says:

    Wah…pasport dah siap nak pg singapore…anyway politik mmg menyusahkan…pelbagai putar belit…

  5. ikhwan nazri says:

    bah – pujik cik sue.. kembang la hidung dia hahaha..

    fahmishah – heheh dah siap.. tp jgn harap sangat souvenir ๐Ÿ˜›

  6. SuE says:

    hehe.. saye tak kembang.. faisal tehrani yg patut dpt pujian.. hehe.. anyway, makasih la ye.. kini dalam misi mengembangkan sayap novel itu ke seluruh pelusuk UK.. my journey is planned and confirmed! alhamdulillah.. saya mahu jadi duta faisal tehrani! heee…

    plymouth-dublin-cork-glasgow (scotland) and will be back in cardiff after 15 sept.. wuhhuuu… 20days jaulah mencari sebuah tenang.. ewahhh!~

    p/s: baca la buku Ayat2 Cinta tu.. akan lebih memahami maksud sebenar mencintai orang yang mencintai Allah..

  7. ikhwan nazri says:

    haha elok la.. balik cardiff sblm puasa.. nice

    nnt aku gih kinokuniya pasnih aku curik2 baca dulu.. ehe. ( atau ini satu lagi umpan ko nak aku kasik buku bila balik mesia nih ??? hahah )

  8. SuE says:

    yee2… nasib baik paham hint aku.. kalo cmtu tahun depan aku blk.. takpon ada org tu kata nk dtg sini.. boleh bawak buku byk2.. nnt kasik list

    tp kalo nak hadiahkan skrg pon boleh, boleh pos kat member2 aku yg still ada kat mesia.. hehe..

  9. SuE says:

    sini puasa 13 september tentatively.. so aku balik after puasa ye..

  10. ikhwan nazri says:

    kalau nasib baik ada rezeki.. dtgla sana.. heh

    pos sekarang rugi… sbb harga buku tuh mesti mahal lagi.. let say tahun depan.. pastuh beli sekali banyak.. mesti dpt diskaun.. buku dah setahun konfem murah nye.. ( keji tak aku ? )

    and by the time 29 syaaban.. is my birthday in islamic month. so expect something from plymouth + dublin + cork + glasgow and that’s makes 4 islamic year birthday present. miahahaha.. kata duit JPA baru masuk..

  11. SuE says:

    haha.. ok2..from plymouth ill send u the pasir from the most beautiful beach there.. then dr dublin, ill go cabut some bulu kambing from any kambing biri2 i come across.. cork? ermm.. there are lotsa beautiful cliff there.. (like tmpt westlife buat videoclip derg) and glasgow? ermm i dunno what’s there in glasgow.. oh shopping complex.. but geesshhh u hate shopping, so nutting from glasgow-lah!~

    p/s: buku tu dh lama kuar dh laa…

    p/s2: ye duit jpa baru masuk.. tp my phone bill shoot up nearly 100 sbb call mesia terlebih2.. and the transportation already cost me nearly 90 pounds.. so nayyy!~

  12. SuE says:

    “Bacaan disyorkan : 1511 KOMBAT ( terima kasih kepada cik noorsuriani kerana mengesyorkan buku ini.. tapi dia sendiri belum baca time dia syorkan buku nih.. hoh! )”

    HEYYYYYYY!!!!!!!!!

  13. ikhwan nazri says:

    uih… pasir dari pantai + bulu kambing + tapi dari cork ape ko nak kasik kalau ade beautiful cliff? buleh ke ko tangkap gegamba lawa? ( hear this as a challenges to you, train photography skills )

    shopping… try me. but much better at lowyat or sony style ๐Ÿ˜›

    eh kata tanak call reramai sbb tengah nyorok.. tuh bil melambung ape citer?

    dan kalau masa ko syorkan aku baca novel kombat tuh.. apsal ko still beli lagi ๐Ÿ˜›

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>