Bebaskan Palestin!
hari ini.. sepertimana fakta yg diambil dari blog yussamir yusof, merupakan hari Masjidil Aqsa dibakar oleh seorang yahudi. dan secara amnya hari al-quds ini adalah demi memperjuangkan pembebasan palestin dari cengkaman rejim zionis. Jadi buat para pembaca yang setia, marilah sama-sama kita ingati hari ini dan juga perjuangkan ape yang diperjuangkan oleh saudara kita. diorang telah berjuang membebaskan palestin dari cengkaman zionis berpuluh-tahun lamanya, jadi dengan cara apa sekalipun, kita wajib menolong mereka.
hidup dalam kawasan perang, penuh pancaroba dan dugaan. malam terang benderang, bukan kerna lilin nan sebatang akan tetapi, torpedo yang menghujan. kanak² pergi sekolah bukannya disambut dengan bunyi loceng di dinding, tetapi oleh peluru mendesir. badan mereka bukannya luka jatuh pokok atau lebam kerana dicubit dan disebat guru, tetapi kudung dan cacat kerana letupan kelabu. mereka tidak membesar dengan sempurna bukan kerana kekurangan makan, tetapi bahana depleted uranium mengalir dalam tubuh mereka dilanda bermacam peri penyeksaan. hiburan kita adalah counter strike, tetapi mereka sebaya kita malahan lagi muda telahpun dicop sebagai terrorist walaupun hakikatnya, mempertahankan apa yang mereka ada.
mempertahankan apa yang mereka ada, perwira gelarannya. futuwwah jihad fisabilillah di jalan Allah.
lagi sepuluh hari sebelum merdeka.. tetapi masih kurang bendera berkibaran. adakah bermaksud kurang semangat patriotik dikalangan rakyat? haaaaaaa
meh baca lagik
Ikhwan Nazri A.K.A Tekong, Momochi Zabuza, Mok. 24/7 god servant. Full time slacker, third quarter freelancer, half timer gamer maniac, no longer a student, sometimes become navigator, and a sleepwalker. Male, single, and geek, forever a kid.



