Free the Media

Firstly i want to thank dear readers for clicking on my adverts where they find it useful. I’ve got RM100 from advertlets for the referrals beta campaign. hoho.

This article was written last 2 days. Edited by Al-Faisal, Vice President 2 of Usrah Institution, MMU Cyberjaya. For those who attend ‘Enrichment Session’ every Thursday may familiar with it, for I once presented this paper and study as an ‘Appetizer’ before Brother Hafiz Firdauz lectures.. Originally it was presented in Bahasa Malaysia. However this article is the last part of my ‘Media in Islam’ Series. The previous one, please download The Raise #3 and #4.

In the Name of God, The Most Compassionate, The Most Merciful..

Media dalam Islam ( Free the Media: part #3 )

Dalam episod yang lepas, kita telah didedahkan dengan permasalahan dalam media, bagaimana ia diselewengkan dan digunakan untuk memutarbelitkan fakta dan berita-berita berkenaan Islam. Sekarang saya ingin mengupas dengan lebih lanjut, bagaimana cara kita untuk membebaskan media.

allahuakbar22.jpg

( This is indeed a long entry since it’s article.. click more )

Sumber media yang terpenting dari dahulu lagi adalah media cetak. Sehingga sekarang terdapat banyak buku² ilmiah, poster, buku cerita bergambar yg khas untuk kanak² yang menerangkan mengenai islam, dan juga seni kaligrafi arab yang terkenal di merata dunia. Walaupun sumber media cetak ini telah banyak, namun kita masih perlu memperbanyak dan menambah idea-idea baru dan bentuk baru menyampaikan maklumat untuk menarik minat kanak² dalam mendalami ilmu Islam. Revolusi media grafik islamik terbaru adalah Aerosol arabic, iaitu bila seni kaligrafi diadunkan dengan seni graffiti. Mesej dalam bentuk grafik yang dilukis diatas dinding dalam seni artistik grafitti pastinya menarik minat ramai dan mampu menjadi medium penyampai mesej yang baik.

final2.jpg

Sumber seterusnya adalah media siaran seperti drama, dokumentari, animasi, rancangan tv mahupun filem. Di dalam industri ini, saya tidak nafikan penglibatan umat islam masih kurang sedangkan pengaruhnya begitu kuat dalam membentuk kota-kota ideologi dalam pemikiran mereka yang menontonnya. Antara nama nama yang gah dalam usaha penerbitan media-media yang disebutkan tadi dalam corak islamik ialah UmmahFilms, The 1 Islam production, dan juga Saba Islamic Media ( sekadar contoh yang saya tahu hingga kini ). Sehingga kini, animasi mengenai Islam sendiri boleh dihitung dengan jari, tidak termasuk rancangan kartun pendidikan untuk kanak-kanak. Animasi “Muhammad, The Last Prophet” adalah salah satu contoh media siaran yang sesuai untuk semua peringkat umur menerangkan kisah mengenai kehidupan rasul kita. Filem pula, tidaklah sebanyak mana pun. Masih boleh dibilang dengan jari.

Tahukah anda bahawa dalam perang Badar, Baginda Muhammad S.A.W berperang hanya dengan bilangan orang seramai 313. Apa akan jadi kalau kisah itu difilemkan? Mungkin dapat menandingi kehebatan filem 300. Kisah nabi adalah kisah benar bukan? benar-benar belaka. Kenapa tidak difilemkan kisah sebegitu? Hukum? Ulamak dan penggiat seni perlu duduk semeja dan bukan lagi hidup di dua dunia berbeza. Disinilah masa untuk mengguna kepakaran mereka semua. Dengan cara itu, penggiat filem dapat mematuhi tatacara, sambil sampaikan maklumat. Solusi mudah yang mungkin boleh difikirkan, tidak semestinya perlu menggunakan karakter dan subjek sejarah zaman Rasulullah yang fakta, tetapi disaring dan diambil hanya jalan ceritanya sahaja dan diolah dengan karakter dan subjek berbeza. Sebagai contoh filem The Exorcism of Emily Rose yang sebenarnya mengambil kisah daripada kisah benar kes rasukan Anneliese Michel. Banyak cerita-cerita dari al-Quran yang boleh menjadi contoh inspirasi untuk menghasilkan filem sebegitu.

(click to enlarge)

Permainan video dan permainan kontemporari juga tidak dapat dinafikan merupakan satu cabang kepada media. Sama keadaannya dengan filem, kurang diberikan perhatian oleh orang Islam sendiri. kemunculan Mecca to Medina dari muslimgames.com telah berjaya mencelikkan mata umat islam di Amerika, malahan lebih daripada separuh pembeli permainan tersebut adalah dari kalangan bukan Islam. Siapa kata dengan permaian, kita tak boleh sampaikan maklumat berkenaan islam ? Permainan-permainan video diluar sana banyak yang menyebarkan dan juga menerangkan tentang sejarah Eropah, mitos dunia Norse dari Rome, dan bermacam lagi. Mengenai islam? tiada satu pun. Kalaupun ada ia tentu tidak popular bagaikan Age Of Empires, Rome Total War, mahupun Ragnarok.

Mengapa keadaan sebegini berlaku? Bagaimana sekiranya media yang menguasai kita menyebarkan propaganda mereka tersendiri. Kita bagaikan mangsa yang begitu mudah diserang dari segenap penjuru dan senjatanya pula sudah dikuasai musuh. Mengapa tidak kita membebaskan media dari mereka? Mengapa tidak kita perbanyakkan sumber media kita tersendiri? Jangan salahkan orang kalau kita yang tidak buat kerja. Disinilah tanggungjawab bagi mereka yang mengetahui.

Islam adalah ajaran yang sesuai sepanjang zaman. Apa yang penting adalah cara penyampaian yang diperhebatkan dan dipelbagaikan. Ia juga boleh dievolusikan menjadi medium dakwah yang lebih menarik minat orang ramai dari segi penyampaian. AerosolArabic dan juga Mecca to Medina adalah dua contoh yang menarik pada zaman sekarang. Rancangan video dokumentari juga seperti ceramah² Syeikh Yusuf Estes yg dihasilkan dalam DVD-format menggambarkan professionalism umat islam itu sendiri. Disinilah penglibatan mereka didalam industri kreatif, yang tak pernah putus dengan idea baru yang perlu menjadi contoh tauladan umat Islam lain.

Umat Islam lain yang diberi kelebihan oleh Allah dengan kemampuan dalam bidang ini juga perlulah menggembleng tenaga bersama sama untuk bangkit. Penglibatan orang awam yang bukan berada dalam industri kreatif adalah dengan cara berdakwah pada mereka yang sentiasa segar dengan idea. Berikan mereka idea, pendapat, petunjuk malahan bantulah mereka dalam apa jua cara sekalipun baik fizikal mahupun mental. Kerana perjuangan dakwah bukan setakat tinta dan pedang, malahan pelbagai cara. kiranya kita tidak mempunyai kepakaran dalam bidang kreatif, sumbangkan kepakaran yg kita ada pada mereka. Sebagai contoh seorang ustaz, tentunya tidak tahu menahu mengenai tatacara membuat filem. Akan tetapi dengan pemahaman beliau yg mendalam mengenai islam itu sendiri, ustaz tersebut boleh menjadi sumber rujukan bagi sesebuat produksi filem.

bukankah indah, umat islam itu semuanya bersaudara. Dalam sabda Rasulullah s.a.w kita digambarkan bagaikan bangunan. Kita semua mempunyai peranan masing masing. bagaikan badan, tak lengkap badan tanpa tangan, tanpa kaki, tanpa dikawal oleh akal.

hamdhouse2.jpg

Secara kesimpulannya, yang penting bagi kita umat islam adalah kita juga perlu pelbagaikan medium dakwah kita. Penguasaan dalam pelbagai bidang termasuklah multimedia adalah amat penting kerana pada zaman sekarang, sumber multimedia adalah kesemuanya. Sekiranya tidak berkebolehan, cukuplah dengan sokongan terhadap bidang itu. Kita juga boleh gunakan hobi dan minat kita dalam menyebarkan islam dengan memahami realiti persekitaran dalam berdakwah.

Islam itu syumul, tinggal kita yang perlu mencari cara, berdakwah dengan cara yang efektif dan efisien :)

Ikhwan Nazri Bin Mohd Asran.
http://nazri.flavert.com
31 July 2007 : Ampang : 0300
Diperiksa dan diedit semula oleh al-Faisal : Edry Faisal bin Eddy Yusuf

Disclaimer: Permission granted to copy this article only if you tell me/alFaisal or do a hotlinking bputting the original URL

———–balik kepada blog.

Mungkin dalam masa 10 tahun atau 5 tahun, kisah 1511H [Kombat] oleh Faisal Tehrani akan difilemkan. Hoho. Aku nak jadi watak komander hacker dlm tuh la yg akan membantu komander Muhammad Ameen. Takpun kalau dpt wat website atau game promosi dia mesti best. Game dia buatla leh control Ababil hoho tebabo

If you like to read the first and the second episode of this article, kindly download this magazine. I don’t have time to re-para-phrase them. In future i will do it.

  1. Raise #3 Episode 1 : Defining Media ( as used in my article series )
  2. Raise #4 Episode 2 : Problem with Media

Don’t worry. Even though it’s a PlayStation Portable Magazine, you still can read it via PC.

Song at the moment = No One’s Home : Mai Yamane [ Darker Than Black OST ]

02
Aug 2007
POSTED BY
DISCUSSION 10 Comments
TAGS

10 Responses to : Free the Media

  1. aljohori says:

    ok cun artikel ko ni,,,,keep it up..ada kerja part time as penulis g tau aku,,,:)

  2. Firdaus says:

    Tekong, 1511H[Kombat] la. 😀

  3. ikhwan nazri says:

    oo tersilap nombor hahah

  4. Emi says:

    Owhh.. nice.. Aku tak abis baca lagi sebab nak mandi.. Pas nih baru sambung.. But its true la about the media.. We as muslim are so ketinggalan and still nak guna cara lama. I like the grafitie design.. 😀

    Tapi kan.. tapi kan.. kalo buat movie pasal nabi muhammad s.a.w tapi tak leyh tunjuk dia tak cam susah ke? Tak dpt reveal the main character of the movie…

  5. ikhwan nazri says:

    haha itu kita kena la asah kepala otak kita.. guideline tatacara still a guideline.. kita kena find a way to make it interesting.

  6. Hehe mungkin tak mudah nak enhance satu character yang kita tak boleh lakonkan. But take it this way… you don’t actually have to see Leonardo Da Vinci to actually know how great he is. Just looking at his work…you can feel it already. dunno if it’s a good analogy but insyaAllah worth to ponder huhuhu.

  7. ikhwan nazri says:

    ye betul ape alfaisal cakap tuh.

  8. Fahmishah says:

    seiring dengan masa…umat islam harus lebih bijak mendekatkan islam dengan masyarakat

  9. tahniah tahniah dapat duit dari advertlets…. 😀

  10. ikhwan nazri says:

    ehehe same same

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>