Engkaulah Ratu Hatiku ~ Ibu

pada 14 mei, semua orang dalam YM buat status selamat hari ibu dan sewaktu dengannya. memang tak dapat dinafikan jasa ibu sangat besar ertinya dalam kehidupan kita. daripada melahirkan sehinggalah membesarkan, ibu kita tanpa kenal erti penat lelah tetap menjaga kita dan menyayangi kita seadanya. didalam islam. maruah ibu juga diangkat lebih tinggi dari ayah. Abu Hurairah Radiallahu’anhu berkata.. bahawasanya

seorang lelaki datang menemui Rasulullah S.A.W dan bertanya : “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda menjawab : “Ibu kamu”. Dan dia bertanya lagi : “Kemudian siapa?”. Baginda menjawab lagi : “Ibu kamu” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa” Baginda menjawab lagi : “Ibu kamu”. Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa ? “. dan barulah Rasulullah S.A.W menjawab: “Bapa kamu” [ Sahih al Bukhari hadis no 5971 ]

jadi disini kita boleh lihat taraf ibu untuk kita taati. Memang benar bahawasanya hak paling besar terhadap seorang perempuan adalah suaminya. namun begitu hak paling besar terhadap seorang lelaki adalah ibunya. ini juga disokong dengan Sabda Rasulullah S.A.W mafhumnya

” Tinggallah bersamanya ( ibu kamu ) kerana sesungguhnya syurga terletak dibawah tapak kakinya” [ Hasan Sahih yang dikeluarkan oleh al-Nasai dan dinilai oleh al_albani hadis no 3104 ]

sebab sabda ini adalah kerana datangnya seorang sahabat yang ingin berjihad tetapi keutamaan untuk berbakti pada ibu adalah lebih perlu. Mungkin anda tertanya² kenapa ibu disebut tiga kali dalam sabda Rasulullah S.A.W. ini kerana seorang ibu terpaksa menanggung pelbagai kesusahan bermulanya dari mengandung sehinggalah melahirkan anak, kemudian perlunya diberi perhatian yang cukup kepada anaknya. Walaupun pengorbanan ibu sangat besar , tetapi kita mudah untuk menengking dan meremehkan ibu disebabkan sifat kewanitaan yang lemah lembut dan peranannya yang “hanya bertugas di rumah” menyebabkan sebahagian anak-anak tidak menghormati ibu mereka.

Kenapa tidak menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa?. Perlu diterangkan disini bahawa sambutan Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru sekalipun merupakan perayaan yang bersangkutan dengan adat manusia dan langsung tiada kena mengena dengan perayaan yang berbentuk agama. Bersesuaian dengan zaman sekarang dia mana kita berjauhan dengan ibu bapa kita, ktia perlu mencari ruang untuk berbuat baik kepada ibu bapa. Oleh itu meraikan mereka pada hari tertentu seperti hari ibu adalah salah satu daripada ruang tersebut. Walaupun perayaan ini berasal dari kaum bukan islam namun Islam hanya melarang umatnya untuk meraikan perayaan keagamaan. Rasulullah sendiri pernah meminta tawanan perang [ bukan islam ] mengajar umat islam untuk menulis dan membaca.

Justeru itu, alternatif bagi kita yang berjauhan dengan ibu bapa kita adalah dengan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan mereka setiap hari. Dan perayaan hari Ibu dan hari bapa pada hari tertentu merupakan satu ruang untuk kita luangkan lebih masa untuk bersama² mereka. Tolong masak, tebas rumput belakang rumah, tolong mereka dengan kerja seharian mereka, pergi shopping sama². Pendek kata seribu satu macam kita boleh buat untuk menghiburkan hati mereka.Bakti dan doa kita kepada kedua ibu bapa kita mestilah berterusan walaupun mereka sudah tiada di dunia yang fana ini.
Nih adalah lirik lagu nyanyian Rashid A. Bhikha, Yusuf Islam dengan kanak² yang sungguh menusuk kalbu.

————————————

Who should you give your love to?
Your respect and your honour to?
Who should you pay good mind to – after Allah,
And Rasullullah?
Comes your Mother,
Who next? Your Mother
Who next? Your Mother
And then you Father

Cause who used to hold you
And clean you and clothe you?
Who used to feed you
And always be with you?
When you were sick, stay up all night,
Holding you tight?
That’s right no other, your Mother

Who should you take good care of,
Giving all your love?
Who should you think the most of – after Allah
And Rasullullah?
Comes your Mother,
Who next? Your Mother
Who next? Your Mother
And then you Father

Cause who used to hear you
Before you could talk?
Who used to hold you
Before you could walk?
And when you fell, who’d pick you up?
Clean your cut?
No one but, your Mother, your Mother

Who should you stay right close to?
Listen most to?
Never say no to – after Allah
And Rasullullah?
Comes your Mother,
Who next? Your Mother
Who next? Your Mother
And then you Father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes?
Comb your hair and blow your nose?
And when you cried who wiped your tears?
Knows your fears? Who really cares?
Your Mother
Say Alhamdulillah,
Thank you Allah
Thank You Allah for my Mother

—————

Selamat Hari Ibu.

[ sumber rujukan – Wahai Ibu, Wahai Ayah = tulisan Hafiz Firdaus Abdullah. ]

15
May 2006
POSTED BY
POSTED IN Family Matters
DISCUSSION 2 Comments
TAGS

2 Responses to : Engkaulah Ratu Hatiku ~ Ibu

  1. chapan says:

    wah. nice! layout baru pon nice. 😀 simple yet clean.

  2. ikhwan nazri says:

    thanks to ikram zidane yang buat ini theme.. hoho

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>