al-Fatihah ( orbituary )

Al-Fatihah and salam takziah diucapkan buat wak tohid ( nama sebenar tauhid ) yang telah meninggal dunia pada 9hb May lalu. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan islam selayang baru. Arwah Wak Tohid dulu nih la yang jaga aku masa aku kecik bebetul kecik dlm lingkungan lepas lahir sampai 4 tahun kot baru pindah rumah setinggarden kat kuari ampang. Wak tohid meninggal disebabkan sakit ( sakit jantung tak salah ). 24 Mac lalu sempat jumpa dia masa nenek saudaraku meninggal. masa tuh dia memang nampak macam sangat sihat tapi sebenarnya masa tuh baru lepas bedah apetah.. aku dah lupa. Memori aku paling jauh pun aku ingat lagi time dtg melawat rumah dia mesti main game sbb masa tuh rumah aku ah ade micro genius so leh tukar2 catridge ngan anak dia. kadang2 datang selayang naik BMW tuh ( Bas Mini Wilayah ). Wak, terima kasih sbb jaga iwan masa kecik2 dulu. Semoga Allah mengampunkan segala dosa2 wak dan menempatkan wak dikalangan orang orang yang soleh. Amin

09
May 2006
POSTED BY
POSTED IN Family Matters
DISCUSSION 0 Comments
TAGS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>